BISNES BERMULA DENGAN MEJA SEBIJIK JER...
Aku start bisnes di usia 27 tahun dengan berbekalkan modal permualaan RM100K daripada bisnes partner dan kakak aku sendiri. Untuk bisnes yang aku buat ni RM100K bukanlah modal yang besar, 4-5 order dah habis dah 100K tapi kalo nak kumpul duit dalam akaun RM100K makan tahunla jugak apalagi setakat pendapatan kita yang cukup2 makan je ni. Bohongla kalau cakap kalau aku ada duit lebih nak menyimpan,. Kalau ada duit lebih tu ada jer idea nak menghabiskan. Aku memang salute kalo ada kawan2 yang jenis memang menyimpan. Aku bab meyimpan duit memang failed dan boleh dikategorikan pemboros la jugak aku ni. Hahaha
So drp 100K tu aku rolling makin besar makin besar jadinya
jumlah wang yg parking dlm akaun aku setiap bulan. Apalagi dengan reputasi aku
dan recommendation dari client membuatkan ramai je yang percaya dan parking
business kat company aku.Kerana kecerdikan, kecomelan dan kebolehan aku meyakinkan stakeholder
aku, maka aku bertahan dari tahun ke tahun berkembang alhamdulillah.
Oleh kerana aku bermula kecil kecilan, aku tidak memerlukan
modal start up yang besar. Modal start up cuma beli meja sebijik, kerusi 3
bijik, printer 4 in 1, alatulis dan sedikit kelengkapan lain. Komputer hanya
pakai lab top aku masa zaman belajar. Sewa pun masa tu separuh office je, RM300
sebulan. Member seblah buat bisnes printing.Setelah 6 bulan berlalu, bisnes
semakin berkembang hari2 massuk order. Member seblah pun start menjeling tak
puas hati. Adabla apa bangsa sekali pun mana boleh tengok member seblah senang
sikit lagi2 melayu. Eh aku pun melayu. Korang ingat kaum Cina takde yang
berdengki ke?
Alkisah di suatu pagi etelah seminggu kejadian ini, staff
aku (kerani) bagitau aku, member seblah ada bawak tok bomoh masuk ofis. Kerani
aku yang blur2 tu tanya, abg Z buat apa ngan bomoh2 kemenyan bagai ni? Dia
jawab, owh takde saje nak suh tok bomoh ni tengok2 ofis kita ni ok ke tak ada “ONG ke tak, katanya. Kerani aku yang blur2 tu pun diam sambung buat keje.
Patutla aku dah seminggu tak boleh tidur, rasa tiba2 takut duduk sorang2. Rasa mcm ada org pandang padahal takde pun. Aku jadi lemah semangat selalu terkejut dengan benda2 kuat. Aku ingatkan aku terbawa2 dgn citer kat pawagam masa tu aku baru balik tengok citer MANTERA lakonan zul Handyblack. Aku positif je lah. Sampai la aku dah rasa lain macam, pergilah jumpe WAk kat Keramat, katanya aku diguna2 supaya aku diam tak membantah pa saja yang diorg buat. Dia bagi aku satu ayat sampai sekarang aku hafal dan amalkan.
"Bismillahillazi la yadhuru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama, wahuwassami'un alim..."
Katanya lagi, ayat ni adalah doa paling ampuh sebagai pelindung diri. Kalau orang nak santau dlm nasi kalau baca doa ni, pasti tak jadi makan.
Dia cerita lagi waktu dia berguru di pensantren, doa inilah yang dibaca lalu tangannya di hamburkan ke dinding, maka pecah dinding dengan kuasa Allah, betul ke idok wallahua'lam.
Baru ku teringat, aku ada sound member seblah publish no
telefon dan fax aku kat customer dia. Ada sekali tu dia tanya permission aku
nak bagi kat customer dia, aku ingat sekali tu jer kut customer dia urgent nak
fax, sekali aku tengok kat namecard dia baik punya publish no tel & fax
aku.
Come on ala brader, aku pun nak jimat tapi takdelah bangsat nak guna
facilities orang untuk customer ko. Aku masa 2-3 kali customer dia call kat
line aku, aku sabar lagi. Sampaila aku betul2 bengang bila aku received fax, 3
muka surat hitam legam sebab background pamphlet yg customer dia fax tu kaler
gelap. Ko bayangkan berapa banyak dakwat cartrij aku habis. Aku sabar lagi,
satu hari customer aku call. Aku tengah online call lain masuk, aku sambut dulu
sebab nak tau siapa mana tau customer lain boleh aku return cal.. Sekali
customer dia, aku terpaksa pass kat dia sementara customer aku terpaksa hold
kat line. Banyak cantek muka dia, ni line telefon aku ke dia ni?Masa tu aku
selalu divert call sebab jarang aku ada kat ofis. Maklumlah akulah boss akulah
kuli.
Jeles dia membuak2 bila aku dah mampu employ staff sorang dan aku dah
beli meja untuk staff. Sebelum ni dia duk depan aku jer meja share, punya
sengkek waktu 1st mula bisnes. Macam2 hal dia bangkitkan tak puas
hati, last2 aku blah dari premis tu sewa kat row depan sekali. Puas hati aku
tak yah gaduh ngan orang.
Belum kaya orang dah dengki, kalau kaya apa yang aku kena...aku cerita nanti untuk iktibar korang semua. Jadi kaya tak salah, jadi org yg berdengki tengok orang kaya tu yang salah.
Dari situ bermulalah episode perniagaan seoarang wanita muda…ecececeh…
Nanti aku citer mcamana bank pandang rendah kerana aku muda
dan seorang wanita…
Comments
Post a Comment